an architecture
of a
LOST KINGDOM

Home

The Village

Villas

Dining

Experiences

Rates & Offers

Contact Us

 

 

 

 

Blog

Hikayat Merong Mahawangsa di Terrapuri Heritage Village, Terengganu

Rumah Klasik Terengganu | Teringat kata-kata Hang Tuah, "Takkan Hilang Melayu Di Dunia" tatkala melangkah ke Terrapuri Heritage Village ini. Suasana seperti abad ke 17, dikelilingi pohon hijau, angin laut sepoi-sepoi bahasa dan struktur bangunannya bercirikan rumah Terengganu klasik memukau hati sesiapa sahaja yang datang ke sini.

Terrapuri Heritage Village yang terletak di Kampung Mangkuk, Setiu, Terengganu ini suatu ketika dahulu pernah menjadi lokasi filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studio. Tak hairanlah kenapa tempat ini menjadi pilihan untuk sesi pengambaran. Aku sendiri pertama kali ke sini sudah jatuh cinta, apatah lagi mereka itu.

Terrapuri Heritage Village ini adalah rumah klasik Terengganu pada zaman dahulu yang kemudiannya dipasang balik di kawasan ini.  Ini sebahagian dari projek pemeliharaan dan pemuliharaan rumah Melayu klasik. Yela, kalau kita tengok zaman sekarang memang susah nak jumpa rumah-rumah lama ni. Kebanyakannya dah reput ditelan zaman dan dimakan anai-anai.
 

Semasa kunjungan peserta Terengganu International Squid Jigging 2014 tempoh hari, kami sempatlah jumpa tuan empunya Terrapuri Heritage ni, Mr Alex Lee Yun Ping. Beliau seorang yang sukakan sesuatu yang klasik dan fasih mengenai sejarah melayu pada zaman dahulu. Katanya, Terrapuri bermaksud "The Land Of Palace". Oh, no wonder suasana di sini seolah-olah seperti istana lama, ditambahkan lagi dengan landskap yang menyemarakkan lagi suasana zaman dulu kala

Kat Terrapuri Heritage Village ni terdapat 29 rumah klasik yang dianggarkan berusia ratusan tahun dipelihara dengan baik agar dapat dilihat oleh generasi akan datang. Antaranya dijadikan sebagai vila, spa, restoran, galeri dan lain-lain lagi. Bagi orang bandar, ini adalah tempat terbaik untuk anda merasai suasana ala-ala kampung. Termasuklah aku sendiri yang takde kampung.

Lebih unik lagi, rumah-rumah ini dipasang tanpa menggunakan satu paku pun. Haa, macamana tu? Kombinasi kayu Cengal dan Penaga dalam pembinaan rumah ini  membuatkan struktur rumah-rumah ini lebih kukuh dan tahan lama. Jangan tak tahu, rumah-rumah ini mudah untuk dipasang dan dibuka semula serta dialihkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Terbaiklah!

Rumah-rumah di sini diberi nama yang tersendiri seperti Rumah Paloh, Rumah Kedai Buluh, Rumah Tasek, Rumah Seberang Takir, Rumah Pulau Musang, Rumah Tembakang, Rumah Nibong, Rumah Sungai Mas, Rumah Pengkalan Kubu, Rumah Dusun, Rumah Binjai Rendah, Rumah Gelugor Raja yang mewakili kawasan di negeri Terengganu

Alahai, klasiknya.. tetiba nak datang sini balik dan bawa kain batik. Barulah timbul mood zaman dulu kala. Hahaha. Ada yang tanya, rumah kat sini pakai kipas ke? Tak panas ke? Jawapannya, ada aircondlah sayang. Bab ni diorang upgrade sikit bagi keselesaan para pengunjung. Hehehe.

Selain dari rumah-rumah klasik di sini, aku juga tertarik dengan Laut China Selatan yang terbentang luas di hadapan Terrapuri Heritage Village ini. Pemandangan yang begitu mengasyikkan. Eh, ini antara tempat yang aku recommendlah untuk pergi honeymoon. 

Dari sini korang boleh nampak Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Lang Tengah dan dua pulau lagi saya tak ingat namanya apa. Ya Ampun!! Hahaha. Tapi best lepak kat sini petang-petang hari atau lebih feel lagi lepak waktu pagi ketika matahari terbit. Layan~

Di sebelah Terrapuri terdapat Sungai Bakau, Setiu Wetland. Kat sinilah kami melepaskan terrapin atau dalam bahasa Melayu, Tungtung. Kata penduduk kat sini, kalau luck, bolehlah nampak kelip-kelip di malam hari. *macam kena datang balik je ni*

Cukup menarik, cukup tertarik. Walaupun beribu tahun kita ke hadapan, jangan sesekali kita lupakan yang lama. Aku puji dengan semangat pemilik Terrapuri Heritage Village ni untuk mengekalkan sesuatu yang antik. 'Benda' inilah yang akan menjadi sesuatu yang bernilai di masa hadapan.

 

 

 

Terrapuri | Kampung  Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu, Malaysia.  T : +(609) 6245020  +(609) 6312081  F : +(609) 6228093  E : info@terrapuri.com